Gotong Royong Memasak Dan Mengagih Bubur Lambuk

Bersempena dengan bulan Ramadhan, Balai Seni Lukis Sabah mengadakan aktiviti gotong royong memasak dan mengagih bubur lambuk dengan kerjasama Persatuan Pelukis Seni Visual Sabah (PSVS), Adabi dan Petronas. Bubur lambuk kemudian diagihkan kepada warga BSLS, penduduk kawasan berhampiran, beberapa agensi / jabatan lain dan pengiat seni di sekitar Kota Kinabalu sebagai juadah berbuka puasa.

Aktiviti ini antara lainnya bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan warga BSLS, agensi-agensi kerajaan, pengiat seni serta komuniti setempat dan mewujudkan semangat kekitaan disamping meraikan bulan Ramadhan.

Masa :
8.30 am – 4.00 pm

Tarikh :
27hb Mac 2023

Tempat :
Balai Seni Lukis Sabah

 

In conjunction with the month of Ramadhan, Sabah Art Gallery held a gotong royong activity of cooking and distributing lambuk porridge in collaboration with Persatuan Pelukis Seni Visual Sabah (PSVS), Adabi and Petronas. The porridge is then distributed to BSLS residents, residents of nearby areas, several other agencies / departments and visual artists around Kota Kinabalu as a dish to break the fast.

This activity aims to strengthen friendship among BSLS employee, government agencies, visual artists and the local residents to create community spirit in addition to celebrate the month of Ramadhan.

Time :
8.30 am – 4.00 pm

Date :
27th March 2023

Venue :
Sabah Art Gallery