Pameran Solo: Benedict Chong

Benedict Chong merupakan artis versatile yang minat melukis sejak di bangku sekolah dan pernah mendapat tunjuk ajar Allahyarham Datuk Yaman Ahmad Mus pada tahun 60-an. Kebanyakkan karyanya menekankan kepada pemandangan Gunung Kinabalu, flora fauna dan aktiviti penduduk tempatan menggunakan pelbagai medium.

Beliau pernah menghasilkan tali leher terpanjang di Malaysia dengan teknik batik, berukuran 144 kaki pada 1987. Pameran solo beliau diadakan di Balai Seni Lukis Sabah mempamerkan sebanyak 26 buah karya.

Tarikh Pameran :
08 Feb - 25 Mac 2024

Lokasi :
Balai Seni Lukis Sabah
https://maps.app.goo.gl/qf154t7SdQgQEJtu6