Pameran Solo: Richard Lim

 

Richard Lim atau Lim Meng Yong lahir pada tahun 1943 di Melaka. Beliau merupakan antara artis perintis di Sabah yang giat bersama Allahyarham Datuk Yaman Ahmad Mus dalam usaha mengubah menaikkan industri seni visual di Sabah.

Berkelulusan seni lukis dan seni mural dari kolej dan universiti luar negara. Beliau menghasilkan banyak mural bersaiz besar sekitar Sabah sejak tahun 1970-an. Salah satu mural terbesar beliau adalah di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Pameran Solo beliau yang diadakan di Balai Seni Lukis Sabah mempamerkan sebanyak 124 buah karya.

Tarikh Pameran :
25 Jan - 24 Mac 2024

Lokasi :
Balai Seni Lukis Sabah
https://maps.app.goo.gl/qf154t7SdQgQEJtu6