China
Lahir pada tahun 1898. Beliau berhijrah ke Sandakan, Sabah pada tahun 1923 dari Negara China. Seterusnya, beliau ditawarkan mengajar di Sekolah St. Michael School, Sandakan.
Aktif dalam pergerakan Pengakap dan pernah menyertai 50th World Scout Jamboree di England pada tahun 1957. Dianugerahkan Pangkat Datuk atas penglibatan beliau dalam aktiviti pengakap di Sabah. Sebagai seorang pendidik di Sandakan, Beliau menumpahkan bakat beliau kepada anak-anak didiknya sebelum berpindah ke Jeselton sejurus selepas perang dunia kedua. Lukisannya banyak dibeli oleh Pelancong asing ataupun pedagang yang melawat Sandakan pada ketika itu.
Walaupun kewujudan beliau tidak digembleng secara berkumpulan, namun secara peribadi beliau telah berjaya mengukir nama melalui karya-karya yang dihasilkan sejak tahun 1940an semasa beliau bertugas sebagai seorang guru di Sandakan.
Di Jeselton, beliau bekerja sepenuh masa sebagai pelukis dan mengajar seni lukis di sekolah Menengah All Saints. Antara yang pernah dibimbing ialah Pang She Nye, Mohd. Yaman Ahmad Mus, Johnny Chong, Benedict Chong Chong, Wong She Nyen, Lo Chi Lok, Chong Yin fat, Chong Mui Ying dan Chin Chee Shing.
Karya-Karya awal Simon dapat dikesan pada tahun 40an seperti Mt Kinabalu from an Old Print of 1863, White Orchids, Rice Field in Tuaran, Chinese Fishing dan Sandakan Harbour Head.
Penglibatan awal simon Yew melukis hanyalah sekadar untuk mencari kepuasan. Namun, melukis sudah menjadi sebati dalam diri beliau. Beliau menganggap alam persekitaran dapat memberi kepuasan dan ketenangan dalam dirinya. Justeru, Subjek persekitaran seperti bunga, pemandangan hutan rimba dan banjaran Gunung Kinabalu amat dikaguminya. Beliau melukis berdasarkan reaksi artistik terhadap keindahan dan kesegaran alam sekeliling.
Permulaan karya beliau pada tahun 40an menggabungan gaya tradisi ketimuran dan kebaratan (Plat 2). Karya-Karya awal beliau masih lagi menampak sedikit pengaruh kecinaan. Sapuan berus, penggunaan tona warna, gambaran yang berkabus dan bertemakan alam semulajadi memang sinonim dengan karya-karya pelukis Cina. Namun begitu, beliau tidak pernah melukis karya-karya yang bersifat klasik Cina. Semasa mula-mula berkarya beliau banyak menggunakan cat air bagi meluahkan ekspresinya.